Friday, September 27, 2013

Melancong ke India (Part 1)

Macam tajuk karangan darjah 6 kan? Mari hey kita cerita hey pengalaman kita hey.

Pada 12 September yang lalu, Embak dan Zack dan 5 orang lagi peserta melancong dengan POTO Travel ke India. Terbang dari KLIA dengan pesawat MAS jam 6.50 ptg dan tiba di India tengah malam waktu Malaysia. Waktu di sana jam 9.30mlm. Berhampiran dengan seat Embak, terdapat 3 atau 4 pasangan dari Indonesia geng tabligh. Mereka kembali ke India untuk belajar. First time Embak lihat tabligh bawa isteri sekali. Para isteri tinggal dengan isteri guru mereka dan belajar darinya.

Mujurlah penerbangan 5 jam sahaja, taklah penat sangat. Dan solat Maghrib dan Isya' kami jamak setiba di India. Airportnya seperti baru siap dan moden, cuma takleh celeng KLIA yang ada biometriks. Imigresen mereka masih manual. Keluar dari imigresen, mata kami disegarkan dengan kakitangan airport yang segak dan lawa-lawa. Apasal tak nampak India kulit gelap? Cerah belaka. Mungkin yang gelap-gelap di Selatan India. Setelah keluar dari Indira Gandhi International Airport, kami disambut Rajendra, Rendra? tak ingatlah pulak nama tour guide, dengan kalungan bunga marigold (bunga taik ayam takda bau) sambil melihat satu kejutan pertama.
Di padang depan airport, orang-orang lelaki melepak bersantai-santai. (Rupa-rupanya memang kebiasaan rakyat India yang kami saksi di sepanjang perjalanan).

Kami tiba di hotel Aarone dan makan malam telah tersedia. Maka makanlah kami pada waktu lewat midnight di Malaysia. Nampak gaya, kumpulan kami adalah the only guests yang menginap malam itu.

Keesokkan pagi, Embak bangun dengan rasa kurang selesa. Zack beritahu yang dia terbangun jam 2 pagi dan batuk sepuas-puasnya. Kita tidur mati tak dengar apa-apa. Memang hidung Embak dah tangkap bau jerebu malam tadi. So, Embak mengenakan face-mask ke airport untuk ke Srinagar.

Sebelum ni Embak ingat Srinagar ni negeri orang-orang Sikh, rupa-rupanya ia sebuah kota dalam wilayah Jamu-Kashmir atau JK yang penduduknya 95% Islam. Embak semasa ni dah rasa kurang sihat ditambah penerbangan pesawat Jet Airways yang agak kasar membuatkan Embak muntah 3 karung.

Kami tiba di Kashmir pada tengahari Jumaat dan kejutannya ialah... ramainya askar.



No comments: