Setelah check-in malam tadi, kami hanya keluar untuk makan malam di restoran di tingkat bawah apartmen. Kami menginap di Promenade Apartmen di Lorong Api-Api 2 (Google Maps sebut A.P.I-A.P.I). Apartmen ini antara penginapan yang ramai orang rekemen, namun tidaklah memuaskan hati saya. Namun, kami kekal menginap di sana untuk tiga malam kerana bayaran telah dibuat kepada Agoda.
Nota: Lain kali, kalau menyewa kereta, tempat tinggal tak perlu dekat bandar. Banyak lagi pilihan yang lebih murah dan selesa di kawasan pinggir bandar.
Aktiviti siang hari tertumpu kepada shopping kerana pada keesokan hari, kami akan menghabiskan masa di pulau-pulau.
1. Jamilah Jewellery
Tempat ini direkemen oleh adik saya yang pernah ke KK. "Tak perlu beli di tempat lain, tak perlu tawar-menawar kerana harga di situ lebih murah dan telah ditetapkan". Tanpa disangka, kedai ini terletak sebaris dengan restoran sarapan kami iaitu di Kompleks Sinsuran. Sungguh Allah telah memudahkan.Apa lagi, usai bersarapan, kami terus ke sana.
 |
Imej dari FB Jamilah Jewellery. |
Kedai ini mempunyai dua tingkat, bahagian atas menjual cenderahati seperti key chain, fridge magnet, ukiran kayu dan macam-macam lagi. Di bahagian bawah dikhaskan untuk mutiara daripada kategori mewah hinggalah ke kategori bajet. Memang rambang mata. Apabila kami keluar dari kedai ini, kami terlihat kedai bertentangan juga adalah Jamilah Jewellery. Kami masuk yang itu pula. Kedai-kedai ini kami kunjungi dua kali untuk menambah bekal cenderahati. Tinjauan di Google menyatakan syarikat ini mempunyai satu cawangan di Kenanga Wholesale, KL.
2. Pasar Ikan Kering dan Pasar Filipina
Pasar-pasar ini sederet dengan pasar ikan Kota Kinabalu. Di sini dijual hasil laut yang dikeringkan, kerepek ampleng, kuih cincin, buah-buahan dan kraf juga cenderahati seperti t-shirt dan lain-lain.
 |
Ubi kayu yang disagat dan dibuang airnya. Boleh dibuat lepat ubi. Penjual beritahu, ia adalah makanan orang bukit. |
Kalau mahu mudah, beli semua barang dari satu kedai. Penjual boleh bungkus terus dan voila!, anda akan ada satu beg baru. Ikan bilis tersangatlah murah di sini. Ikan terubuk masin Sabah dan Sarawak juga menjadi pilihan. Ada orang kata orang Sabah tak makan ikan bertulang, sebab itu dibuat ikan masin untuk orang-orang Semenanjung. Abalone dan gamat yang harganya ratusan ringgit sebungkus pun ada di jual di gerai-gerai. Tak perlu buka kedai berhawa dingin.
3. Oceanus Waterfront Mall
Kami ke mall ini untuk makan tengah hari. Kelihatan seperti masih baru dibuka, dan sebagai tarikan, mereka meletakkan patung-patung yang menarik di sana sini.
 |
Nasi dibentuk seperti Gunung Kinabalu. |
4. Tanjung Aru
Dalam jam 5.30 petang, kami bergegas ke Tanjung Aru untuk menyaksikan sunset dan makan-makan. Namun sunset tidak berapa menyerlah dan perut masih kenyang. Almaklum, lunch pun pada pukul 3 petang. Terdapat banyak gerai di sini yang menjual seafood, keropok lekor, jagung rebus dan jeruk. Gerai jeruk ini antara yang paling mendapat sambutan.
Selepas itu kami ke Perdana Park yang terletak tak jauh dari pantai. Bayaran masuk hanya RM1 untuk sebuah kereta. Tempat ini terkenal dengan pertunjukan air pancut berirama yang berlansung setiap malam antara jam 7 dan 9 malam. Pertujukan yang serupa ada di KLCC tapi saya belum berpeluang untuk melihat yang di sana.