Friday, September 29, 2017

Day 4: Island Hopping and Shelling-out


Seawal jam 9 pagi kami dah sampai di jeti Jesselton untuk membeli tiket untuk island-hopping. Pilihlah mana saja kaunter yang menggamit anda. Rasanya semua caj harga yang sama. Ada 4 pulau yang boleh dipilih iaitu Sapi, Manukan, Mamutik dan Gaya. Kami memilih ke pulau Sapi dan Manukan saja sebab tak mahu lama sangat di pulau. Tambang untuk ke 2 pulau ialah RM33; adik kaunter tu bagi diskaun, jadi RM28 sahaja seorang. Set snorkel kami ambil 2 set, caj RM10/set nanti boleh bergilir-gilir. Yuran konservasi pulau dikenakan apabila sampai di pulau pertama iaitu RM3 seorang.

Kaunter tiket bot
Keterujaan semasa menunggu giliran naik bot.
Keterujaan apabila sambil di Pulau Sapi
Noobs.

Yang ini nampak pro sikit.

Pulau Sapi sesak bangat kerana kebetulan ada company function siap dengan khemah. Kami bersnorkel dan makan bekalan sehingga jam 12 tengah hari untuk ke Pulau Manukan pula.
 
Pulau Manukan
Pulau Manukan lebih memukau. Dari atas jeti, ikan-ikan todak dan bilis kelihatan jelas di dalam air. Pantainya landai dah luas, dan orang tak seramai di Pulau Sapi. Lagilah seronok kami bergambar (sambil diperhatikan makcik dari Korea yang bersantai di pantai, gasaklah.)

Pos kami yang paling win.
Gambar diambil menggunakan timer.
Kami menaiki bot untuk pulang ke darat pada pukul 2 petang. Terus saya pandu kereta ke arah UMS dengan harapan mencari lokan bakar, namun tak jumpa. Kami google Adzie Cafe yang dicadangkan oleh seorang blogger, dan akhirnya rezeki kami makan shell-out pada hari itu. Kedai ini di Alamesra, taman yang berhadapan dengan UMS.
Yang menarik hati saya ialah daun pisang yang dibuat alas makanan. Rata-rata, pengusaha shell-out lain menggunakan plastik. Saya teringat kawan saya, seorang pakar makanan yang membantah penggunaan plastik untuk menghidang shell-out kerana boleh memudaratkan kesihatan. Set untuk 2-3 orang, kami licinkan sebab sedap dan sememangnya kami kelaparan. Harganya RM78 termasuk satu botol air teh o ais limau.

Ini review tripadvisor tentang restoran ini.

Sebelah malamnya, kami hanya makan makanan ringan sahaja.

No comments: