Saturday, September 28, 2013

Melancong ke India (Final)

Kami tiba di Delhi tengahari Selasa dan mula merasai kesesakan lalu-lintas di kota itu. Kami singgah sebentar di Masjid Jamia, sebuah masjid binaan Shah Jahan yang terletak di Old Delhi. Lawatan ke India Gate dan Istana Presiden dibuat secara tunjuk-pandang dari dalam bas oleh tour guide yang macam sudah hilang mood. Selepas makan dan solat, kami dibawa untuk shopping sepuasnya untuk kali terakhir. Kemudian kami check-in ke hotel di tengah-tengah bandar New Delhi.
Masjid Jamia dan kedai-kedai berdekatannya. 
Rumusan dan tips

1. Makanan paling enak ialah briyani yang dihidangkan di dinner terakhir dalam houseboat dan sup tomato di Gulmarg. Makanan India dihidangkan di setiap breakfast, lunch dan dinner. Pada mulanya tekak boleh menerima, tetapi di hujung tour, Maggi juga yang Embak dan Zack hadap.

2. Best buys: Silk cloth, shawl and saffron di Kashmir. Kraftangan marmar di Agra. Cotton bed sheet dan alas meja di Agra & Delhi.

3. Pesakit asthma atau yang alah asap, eloklah berbekal face mask. Cari yang N95 or better, bukan yang RM1 satu.

4. Kalau nak tukar duit, rate tukaran di India lebih baik dari di Malaysia. Dan money-changer menerima RM, tak perlu USD. Setengah-setengah kedai juga menerima RM.

5. Anak-anak jalanan yang buat persembahan akrobatik diiringi dengan gendang ramai di Delhi. Mereka comot dan nampak tak cukup makan. Cuma hati kena tahan kasihan dari memberi kerana akan diserbu. Mereka mengekori van pelancong dari traffic light ke tempat van berhenti seperti di restoran.
Yang menjual bunga, toys, novel Dan Brown, dan belon pun ramai.

6. Tour guide beritahu, "In India, you need 3 things to drive; good horn, good brake and good luck".

7. Orang Hindu tak boleh makan lembu, tetapi kerbau ok.

8. Topi keledar wajib untuk penunggang, tetapi macam opsyenel untuk pembonceng sebab Embak tengok mereka tak pakai.  Dan wanita yang membonceng akan duduk mengiring, kaki letak tepi macam kita di zaman 60-an.

9. Kalau orang India tanya, "How do you find India?", jawapan yang paling selamat ialah "It's different". Memang India cantik di beberapa tempat, tetapi secara amnya, ianya kurang enak untuk didiami.

Would I return? Kalau tanya Embak minggu lepas, saya akan jawab, "tak nak" Tapi sekarang, Embak boleh bilang, "Maybe".

Bila bersantai dalam sampan begini terasa indah Tasik Dal.
Salah satu gambar yang Embak paling suka dari koleksi rehlah India.


Melancong ke India (Part 3)

Kami tiba di Delhi jam 3.30 petang dan disambut oleh tour guide baru, Shahwanaz namanya, seorang Muslim. Pemandu van dan budak penolong yang ambil kami di hari pertama pun ada (alamak hari tu dah bagi tip 100 rupees seorang dah, mereka lagi?). Dan oh no! van yang sama. Van yang absorbernya teruk dan enjinnya yang sesekali keluarkan suara soprano (Zack kata brake lining dia out). Van ini yang akan bawa kami 5 jam ke Agra. Selepas makan dan solat di Delhi, kami bertolak. Nampaknya seharian Ahad dihabiskan dalam perjalanan Kahmir->Delhi->Agra.

Embak tak ada masalah tidur dalam van walaupun sesekali terjaga sebab bunyi bising enjin, atau bunyi gendang atau muzik moden yang dimainkan di loud speaker oleh orang kampung merayakan acara keagamaan entah apa. Kecut perut juga terasa lajunya van. Zack rupa-rupanya tak dapat tidur langsung, dan van yang Embak rasa laju sebenarnya tak laju mana. Menurut Zack, kalau suami dia yang pandu, mesti dah lama sampai.

Setiba di Agra, Zack bergesa syampu rambut sebab dah lama menahan tak bersyampu di Kashmir. Esok pagi selepas memasing mandi, kami berdua berkonklusi yang air di bilik mandi ada pasir. Zack kata kenalah bilas rambutnya dengan air di Delhi pula. Selepas sarapan, kami di bawa melawat salah satu antara 7 keajaiban dunia iaitu Taj Mahal. Mahal disebut "mehel" bermaksud istana. Kalau sebutan mahal bermaksud tak silap Embak, tour guide cakap = rusty atau karat.

Lorong masuk  ke perkarangan Taj Mahal yang diasingkan lelaki dan wanita. (I love love love this picture!)
Walaupun kamera masing-masing tersangkut di leher, jurukamera tempatan ramai yang berebut nak ambil gambar kami; gambar solo dan berkumpulan. Nanti dicetak dan dihantar ke hotel. Terpulanglah samada kami nak membelinya ke tidak. Dalam taknak taknak tu, kami ikut juga arahan mereka untuk berposing.
Sessi bergambar dengan jurufoto tempatan.
Untuk memasuki mausoleum, tidak dibenar membawa cecair atau makanan dan kena berkaki ayam atau memakai sampul kasut. Fotografi dan video juga dilarang. Bila masuk, baru Embak sedar sebenarnya Embak sedang menziarahi kubur. Selepas membaca al-Fatihah, kamipun keluar. Monumen Taj Mahal berwarna putih diapit oleh dua bangunan berwarna merah. Di sebelah kirinya ialah masjid yang masih diadakan solat Jumaat. Di sebelah kanannya ialah bangunan "Guest House" sebesar istana. Di belakangnya ialah sungai Jumna.

Para Musafir dan Pemandu Pelancung
 Selepas Taj Mahal, kami dibawa ke kantor marmar yang mana pekerja-pekerja mereka masih dikomisyen untuk merawat inlay di Taj Mahal setiap Jumaat. Lama juga si kembar Cristiano Ronaldo berkempen, akhirnya ada orang membeli. Terpacul dari mulutnya perkataan, "Alhamdulillah". Lepas dah ada yang membeli baru kami buka tin Coke yang terhidang.


Kemudian kami dibawa pula ke kedai alat muzik India yang menyediakan persembahan live music. Yang muda request lagu Kuch Kuch Kota Hei dan yang veteran request lagu Sangam. Tak berani minta banyak lagu, takut kena bayar lebih. Selepas shopping di dua buah kedai lagi, kami balik makan tengahari dan solat di hotel.

Sebelah petang kami ke Agra Fort yang berjarak 1.2km dari Taj Mahal.

Agra Fort adalah salah satu warisan dunia yang diiktiraf Unesco. Kelihatan sangat kebal dan gah di depan mata. Di dalamnya ada kompleks istana, masjid, dsb yang didiami beberapa generasi dari zaman pemerintah Hindu ke Mughal.
Kanan: Tingkap di Agra Fort yang menghadap Taj Mahal
Shah Jahan meninggal dunia di sana semasa dalam kurungan oleh anaknya Aurangzeb sikurang asam di sebuah bilik yang menghadap Taj Mahal.

Lewat petang kami meminta untuk Shawanaz bawa ke bazaar yang kurang standard, lalu dibawanya ke satu kompleks yang cantik dan baru. Tak mungkin ini kedai spara standard. Shawanaz kata, lebih kurang, "jangan tertipu dengan luaran". Memamg harga di sana murah sedikit, tetapi jelas kualitinya juga kurang bagus.

Keesokannya Selasa, kami kembali ke Delhi. Seterusnya Rabu, sudah mahu berangkat pulang ke tanahair.



Friday, September 27, 2013

Melancong ke India (Part 2)



Lega setiba di Kashmir kerana udaranya segar dan dingin. Cuaca sedikit mendung sebab sudah dua hari hujan. Kami disambut dengan ucapan salam oleh Mr Farouk yang cepat-cepat beritahu di Kashmir majoriti penduduknya Islam. Beg-beg kami secepat kilat disambar oleh sekumpulan pemuda berpipi merah serta berpakaian vest untuk dibawa ke van. Kemudian diungkit tip. Weh, tak suruh pun, sendiri pun boleh tarik beg yang sudah beroda. Duit kecik belum ada, so seorang-dua tour member wakilkan. Itupun mereka demand tak cukup. Entah apa Farouk cakap dengan mereka dan van pun beredar.

Sepanjang perjalanan ke tempat penginapan kami, ketara ramai askar di tepi jalanraya. Farouk kata ada menteri datang mesyuarat. Semasa kami tiba di jeti Tasik Dal, kedengaran khatib sedang memberi khutbah di mesjid berdekatan.  Tasik Dal merupakan lokasi penggambaran cerita Sangam dan banyak lagi cerita Hindi. Banyak "houseboat" yang dijadikan penginapan pelancong dihias indah di sini. Turun dari van orang berebut mengangkat beg kami lagi untuk dimasukkan ke atas sampan. Memang payah tak da duit kecik ni. Seeloknya ditukar banyak-banyak not 10 rupees = 50sen, supaya boleh tip mereka 30-50rupees. Bagi 100 rupees macam banyak sangat pulak.

Nama houseboat kami ialah "Khyber Deluxe". Macam-macam nama houseboat di situ; Miami, Manhattan, Manila, White House dll. Di luar macam biasa sahaja, tetapi hiasan dalamannya yang penuh dengan ukiran kayu termasuk silingya membuat kami teruja. Memandangkan kumpulan kami kecil sahaja, cukup satu houseboat itu yang mempunyai 3 bilik tidur, dapur, dining hall dan living room untuk kami semua. Kami terus dijamu makan tengahari.




Pandangan dari pintu masuk ke ruang tamu.

The interior of the houseboat.

Verandah 'houseboat".
Di corong masjid kedengaran orang masih lagi meratib walaupun waktu jumuah telah berlalu dan di kala hujan telah berhenti kami menaiki sampan lagi untuk ke van dan dibawa melawat taman bunga yang besar, tetapi bunga-bunganya kurang. Mungkin di musim bunga, lebih berwarna-warni dan lebat lagi. Seterusnya kami dibawa ke kedai karpet. Seperti di Turki, mereka di Kashmir juga mengamalkan sistem ko-op. Selepas diberi penerangan dan ditunjukkan segala macam sampel juga dijamu teh Kashmir, tiada seorang pun ahli rombongan yang membeli. Di kedai berikutnya, barulah kami bersemangat membeli-belah. Di kedai ni Embak beli 2 pasang kain; si Zack borong sakan. Makan malam, kami dilayan seperti Maharaja dan Maharani dan masa inilah ahli rombongan "pecah ais".

Esok pagi kami bangun sebelum azan subuh jam 5 pagi sebab terasa dah terlalu lama tidur. Mana taknya, kami masuk tidur waktu Malaysia 12 mlm, jam di Kashmir baru jam 9.30 mlm. Zack cerita dia terjaga awal pagi setelah dengar bunyi kocakan air yang kuat dan bau yang sangat busuk. Embak seperti biasa tak dengar apa-apa.

Selepas sarapan kami menaiki van ke Gulmarg. Perjalanan memakan masa 2 jam. Seperti di Delhi, pemandu-pemandu di Kashmir sama teruknya. Tak payah pakai signal; asyik menghon saja. Ada sekali tu van kami digesel sebuah kereta. Selepas dimarahi pemandu van, pemandu kereta beredar sambil melipat side-mirrornya. Kami dalam van berderai ketawa.

Selepas itu kami melintasi sebuah kampung lantas ditahan sekumpulan pemuda dan diarahkan untuk menukar arah. Farouk maklumkan pada kami ada jalan ditutup. Bila van hendak berpusing, pemuda-pemuda memberi isyarat untuk teruskan perjalanan. Menurut Farouk, mereka bertukar fikiran setelah melihat ada wanita pakai tudung dalam van kami. Apa yang sebenarnya berlaku, masih misteri. Tapi Embak rasa mereka berkawal untuk pastikan keselamatan kampung. Kashmir sedari zaman Nehru sudah menuntut untuk keluar dari India. Dan kehadiran military yang ramai bukanlah kebetulan. Cerita Farouk mengenai menteri ada mesyuarat di Kashmir hanyalah untuk menyenangkan hati kami sahaja.

Kami singgah sekejap untuk shopping di kantor yang bernama "MashaAllah" dan harga di sini rasanya lebih murah dari pekan Kashmir.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Gulmarg yang suhunya lebih dingin. Kalau bercakap, akan keluar asap. Di sana ada padang golf tertinggi di dunia dan di puncak sebuah bukit, terdapat sebuah rumah agam yang Farouk bilang menjadi lokasi penggambaran Kabhi Khushi Khabi Gham. Program asal ialah  menaiki kereta kabel merintasi kawasan pergunungan. Memandangkan kereta kabel ditutup selama 2 minggu untuk servis, maka tidaklah dapat naik. Lega rasa hati Embak. Rupa-rupanya Zack pun sama gayat.

Sebagai ganti, Farouk anjurkan naik kuda. Mula-mula ramai protes, tapi Farouk kata kami kena ke restoran dan van tak dibenarkan masuk. Samada naik kuda atau jalan kaki 2 km. Jadi nak tak nak, terpaksalah naik. Mujurlah setiap kuda ada pengiringnya. Setiba di restoran, van kami dah tertonggok kat parkir. Penipu punya Farouk. Tapi best gak ar pengalaman naik kuda. Klik sini untuk tonton Video Embak tunggang kuda, ada gaya idok? (Embak yang baju kelabu, video diambil oleh ketua rombongan).


Selepas makan dan solat kami pulang. Dalam perjalanan turun, kami singgah di sebuah ladang epal yang buah-buahnya sedang melayut ranum. Dapatlah kami merasa epal segar, sedap dan rangup.

Selepas berehat di houseboat, kami dibawa meronda Tasik Dal dan di bawa melawat ke beberapa kedai terapung, tetapi semua sudah kepenatan dan hilang mood untuk shopping apa-apa lagi.

Next day kami terbang balik ke Delhi dengan Jet Airways lagi dengan membawa kenangan bau houseboat yang unik yang melekat di pakaian kami sehingga balik ke Malaysia. Security ketat dan suasana kelam-kabut di airport Srinagar buat kami geleng kepala. Mujur Farouk dapat kawtim dengan staf Jet Airways untuk benarkan kami bawa lebih dari 15kg sebeg.

Melancong ke India (Part 1)

Macam tajuk karangan darjah 6 kan? Mari hey kita cerita hey pengalaman kita hey.

Pada 12 September yang lalu, Embak dan Zack dan 5 orang lagi peserta melancong dengan POTO Travel ke India. Terbang dari KLIA dengan pesawat MAS jam 6.50 ptg dan tiba di India tengah malam waktu Malaysia. Waktu di sana jam 9.30mlm. Berhampiran dengan seat Embak, terdapat 3 atau 4 pasangan dari Indonesia geng tabligh. Mereka kembali ke India untuk belajar. First time Embak lihat tabligh bawa isteri sekali. Para isteri tinggal dengan isteri guru mereka dan belajar darinya.

Mujurlah penerbangan 5 jam sahaja, taklah penat sangat. Dan solat Maghrib dan Isya' kami jamak setiba di India. Airportnya seperti baru siap dan moden, cuma takleh celeng KLIA yang ada biometriks. Imigresen mereka masih manual. Keluar dari imigresen, mata kami disegarkan dengan kakitangan airport yang segak dan lawa-lawa. Apasal tak nampak India kulit gelap? Cerah belaka. Mungkin yang gelap-gelap di Selatan India. Setelah keluar dari Indira Gandhi International Airport, kami disambut Rajendra, Rendra? tak ingatlah pulak nama tour guide, dengan kalungan bunga marigold (bunga taik ayam takda bau) sambil melihat satu kejutan pertama.
Di padang depan airport, orang-orang lelaki melepak bersantai-santai. (Rupa-rupanya memang kebiasaan rakyat India yang kami saksi di sepanjang perjalanan).

Kami tiba di hotel Aarone dan makan malam telah tersedia. Maka makanlah kami pada waktu lewat midnight di Malaysia. Nampak gaya, kumpulan kami adalah the only guests yang menginap malam itu.

Keesokkan pagi, Embak bangun dengan rasa kurang selesa. Zack beritahu yang dia terbangun jam 2 pagi dan batuk sepuas-puasnya. Kita tidur mati tak dengar apa-apa. Memang hidung Embak dah tangkap bau jerebu malam tadi. So, Embak mengenakan face-mask ke airport untuk ke Srinagar.

Sebelum ni Embak ingat Srinagar ni negeri orang-orang Sikh, rupa-rupanya ia sebuah kota dalam wilayah Jamu-Kashmir atau JK yang penduduknya 95% Islam. Embak semasa ni dah rasa kurang sihat ditambah penerbangan pesawat Jet Airways yang agak kasar membuatkan Embak muntah 3 karung.

Kami tiba di Kashmir pada tengahari Jumaat dan kejutannya ialah... ramainya askar.