Sepanjang perjalanan ke tempat penginapan kami, ketara ramai askar di tepi jalanraya. Farouk kata ada menteri datang mesyuarat. Semasa kami tiba di jeti Tasik Dal, kedengaran khatib sedang memberi khutbah di mesjid berdekatan. Tasik Dal merupakan lokasi penggambaran cerita Sangam dan banyak lagi cerita Hindi. Banyak "houseboat" yang dijadikan penginapan pelancong dihias indah di sini. Turun dari van orang berebut mengangkat beg kami lagi untuk dimasukkan ke atas sampan. Memang payah tak da duit kecik ni. Seeloknya ditukar banyak-banyak not 10 rupees = 50sen, supaya boleh tip mereka 30-50rupees. Bagi 100 rupees macam banyak sangat pulak.
Nama houseboat kami ialah "Khyber Deluxe". Macam-macam nama houseboat di situ; Miami, Manhattan, Manila, White House dll. Di luar macam biasa sahaja, tetapi hiasan dalamannya yang penuh dengan ukiran kayu termasuk silingya membuat kami teruja. Memandangkan kumpulan kami kecil sahaja, cukup satu houseboat itu yang mempunyai 3 bilik tidur, dapur, dining hall dan living room untuk kami semua. Kami terus dijamu makan tengahari.
![]() |
Pandangan dari pintu masuk ke ruang tamu. |
![]() |
The interior of the houseboat. |
Verandah 'houseboat". |
Esok pagi kami bangun sebelum azan subuh jam 5 pagi sebab terasa dah terlalu lama tidur. Mana taknya, kami masuk tidur waktu Malaysia 12 mlm, jam di Kashmir baru jam 9.30 mlm. Zack cerita dia terjaga awal pagi setelah dengar bunyi kocakan air yang kuat dan bau yang sangat busuk. Embak seperti biasa tak dengar apa-apa.
Selepas sarapan kami menaiki van ke Gulmarg. Perjalanan memakan masa 2 jam. Seperti di Delhi, pemandu-pemandu di Kashmir sama teruknya. Tak payah pakai signal; asyik menghon saja. Ada sekali tu van kami digesel sebuah kereta. Selepas dimarahi pemandu van, pemandu kereta beredar sambil melipat side-mirrornya. Kami dalam van berderai ketawa.
Selepas itu kami melintasi sebuah kampung lantas ditahan sekumpulan pemuda dan diarahkan untuk menukar arah. Farouk maklumkan pada kami ada jalan ditutup. Bila van hendak berpusing, pemuda-pemuda memberi isyarat untuk teruskan perjalanan. Menurut Farouk, mereka bertukar fikiran setelah melihat ada wanita pakai tudung dalam van kami. Apa yang sebenarnya berlaku, masih misteri. Tapi Embak rasa mereka berkawal untuk pastikan keselamatan kampung. Kashmir sedari zaman Nehru sudah menuntut untuk keluar dari India. Dan kehadiran military yang ramai bukanlah kebetulan. Cerita Farouk mengenai menteri ada mesyuarat di Kashmir hanyalah untuk menyenangkan hati kami sahaja.
Kami singgah sekejap untuk shopping di kantor yang bernama "MashaAllah" dan harga di sini rasanya lebih murah dari pekan Kashmir.
Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Gulmarg yang suhunya lebih dingin. Kalau bercakap, akan keluar asap. Di sana ada padang golf tertinggi di dunia dan di puncak sebuah bukit, terdapat sebuah rumah agam yang Farouk bilang menjadi lokasi penggambaran Kabhi Khushi Khabi Gham. Program asal ialah menaiki kereta kabel merintasi kawasan pergunungan. Memandangkan kereta kabel ditutup selama 2 minggu untuk servis, maka tidaklah dapat naik. Lega rasa hati Embak. Rupa-rupanya Zack pun sama gayat.
Sebagai ganti, Farouk anjurkan naik kuda. Mula-mula ramai protes, tapi Farouk kata kami kena ke restoran dan van tak dibenarkan masuk. Samada naik kuda atau jalan kaki 2 km. Jadi nak tak nak, terpaksalah naik. Mujurlah setiap kuda ada pengiringnya. Setiba di restoran, van kami dah tertonggok kat parkir. Penipu punya Farouk. Tapi best gak ar pengalaman naik kuda. Klik sini untuk tonton Video Embak tunggang kuda, ada gaya idok? (Embak yang baju kelabu, video diambil oleh ketua rombongan).
Selepas makan dan solat kami pulang. Dalam perjalanan turun, kami singgah di sebuah ladang epal yang buah-buahnya sedang melayut ranum. Dapatlah kami merasa epal segar, sedap dan rangup.
Selepas berehat di houseboat, kami dibawa meronda Tasik Dal dan di bawa melawat ke beberapa kedai terapung, tetapi semua sudah kepenatan dan hilang mood untuk shopping apa-apa lagi.
Next day kami terbang balik ke Delhi dengan Jet Airways lagi dengan membawa kenangan bau houseboat yang unik yang melekat di pakaian kami sehingga balik ke Malaysia. Security ketat dan suasana kelam-kabut di airport Srinagar buat kami geleng kepala. Mujur Farouk dapat kawtim dengan staf Jet Airways untuk benarkan kami bawa lebih dari 15kg sebeg.
No comments:
Post a Comment