![]() |
Masjid Jamia dan kedai-kedai berdekatannya. |
1. Makanan paling enak ialah briyani yang dihidangkan di dinner terakhir dalam houseboat dan sup tomato di Gulmarg. Makanan India dihidangkan di setiap breakfast, lunch dan dinner. Pada mulanya tekak boleh menerima, tetapi di hujung tour, Maggi juga yang Embak dan Zack hadap.
2. Best buys: Silk cloth, shawl and saffron di Kashmir. Kraftangan marmar di Agra. Cotton bed sheet dan alas meja di Agra & Delhi.
3. Pesakit asthma atau yang alah asap, eloklah berbekal face mask. Cari yang N95 or better, bukan yang RM1 satu.
4. Kalau nak tukar duit, rate tukaran di India lebih baik dari di Malaysia. Dan money-changer menerima RM, tak perlu USD. Setengah-setengah kedai juga menerima RM.
5. Anak-anak jalanan yang buat persembahan akrobatik diiringi dengan gendang ramai di Delhi. Mereka comot dan nampak tak cukup makan. Cuma hati kena tahan kasihan dari memberi kerana akan diserbu. Mereka mengekori van pelancong dari traffic light ke tempat van berhenti seperti di restoran.
Yang menjual bunga, toys, novel Dan Brown, dan belon pun ramai.
6. Tour guide beritahu, "In India, you need 3 things to drive; good horn, good brake and good luck".
7. Orang Hindu tak boleh makan lembu, tetapi kerbau ok.
8. Topi keledar wajib untuk penunggang, tetapi macam opsyenel untuk pembonceng sebab Embak tengok mereka tak pakai. Dan wanita yang membonceng akan duduk mengiring, kaki letak tepi macam kita di zaman 60-an.
9. Kalau orang India tanya, "How do you find India?", jawapan yang paling selamat ialah "It's different". Memang India cantik di beberapa tempat, tetapi secara amnya, ianya kurang enak untuk didiami.
Would I return? Kalau tanya Embak minggu lepas, saya akan jawab, "tak nak" Tapi sekarang, Embak boleh bilang, "Maybe".
![]() |
Bila bersantai dalam sampan begini terasa indah Tasik Dal. Salah satu gambar yang Embak paling suka dari koleksi rehlah India. |
No comments:
Post a Comment