Drama ini berkisar tentang suatu keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal bernama Mak Jah dan anak-anaknya yang sudah berkeluarga di bandar Iskandar, Johor. Kebetulan, arwah suaminya juga bernama Iskandar. Dalam episod pertama diperkenalkan kesemua watak termasuk anak yang bernama Azlan, tetapi dipanggil Alan, sama seperti dalam keluarga kami. Embak tengok di internet je; baru sampai episod 5. Gambar dan sinopsis episod 1-5 berikut Embak ambil dari blog budiey.com.
Episod 1
Keluarga Mak Jah bersiap-siap untuk perkahwinan Azlan tetapi masalahnya, Azlan tidak mahu naik pelamin. Pada masa yang sama, Kamal, suami Azura mendedahkan bahawa beliau belum memberitahu isterinya yang beliau telah diberhentikan kerja sejak 3 bulan yang lepas.

Episod 2
Azlan teruja memulakan hidup barunya bersama dengan Nur tetapi baru mendapat tahu bahawa Jojo, anak Nur, tidak suka Azlan berkahwin dengan Nur. Lebih teruk Lagi, Jojo mengugut Azman. Kamal mereka cerita tentang seorang pekerja yang telah dibuang kerja disebabkan sakit perut kepada Azura tetapi penipuannya diambil serius oleh Azura dan membuat Kamal terperangkap. Pada masa yang sama, Adibah terpaksa berkongsi bilik dengan Mak Jah yang sering mengigau.

Kay ( Kak Ngah ) dan Abang Ngah mendapat tahu bahawa anak kandung mereka Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing. Apabila Adibah dengan berjayanya mendisiplinkan seorang kanak-kanak mengada di sebuah restoran, Azlan meminta tunjuk Adibah bagaimana untuk mendisiplinkan kanak-kanak.
Episod 4
Hari Ramadhan Pertama bersama keluarga Iskandar. Kamal dan Azura terlepas sahur, Azlan tidak bersetuju apabila mendapat tahu Nur mengupah Jojo duit untuk berpuasa, Abang Ngah dan anak-anak lelakinya lemah menonton tv sepanjang hari dan dari pengalaman tahun-tahun sebelum, Mak Jah tidak mahu memasak disebabkan ketamakkan anak-anak membeli makanan berlambak semasa puasa.
Episod 5
Kamal tidak dapat bergaul dengan adik beradik Jua semasa bulan puasa terutama sewaktu bermain bunga api dan mercun kerana fobianya dengan api. Mak Jah cuba mengekalkan tradisi membuat kuih raya tetapi anak-anaknya lebih gemar membeli kuih raya.
No comments:
Post a Comment