Wednesday, September 26, 2012

DKUM - Taktik Licik Syaitan

DKUM - Dari kelas Ustaz Moaz, Yayasan Ta'lim

Banyak ayat dalam al Quran yang menceritakan ikrar syaitan untuk menyesatkan manusia; antaranya Al-A'raf 16-17 yang mahfumnya, (Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur".

Ustaz Moaz telah memetik 5 cara yang dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia (tapi Embak lupa nak catit nama kitab atau penulisnya).

1. Mengajak ke kufur.
2. Menghasut untuk melakukan pembaharuan dalam agama (bid'ah).
3. Mengajak manusia melakukan dosa-dosa besar.
4. Mengajak manusia melakukan dosa-dosa kecil.
5. Mengajak manusia melakukan perkara-perkara yang halal sehingga membuang masa.

Ada je taktik yang digunakan untuk menyesatkan. InshaAllah yang nombor 1-3 ramai yang tak buat. Tap kebanyakan kita mungkin di kategori 4 dan 5.

Kalau golongan yang tak buat dosa besar, syaitan akan hasut untuk memandang remeh dosa-dosa kecil. Alah, si polan tu lagi teruk dari aku! Kalau manusia itu baik, tak buat dosa kecil sekalipun, syaitan akan menyusup dengan mendorong kepada sesuatu hobi atau aktiviti sehingga kita lalai dan terabai ibadat.

Contohnya, dok online berjam-jam. Main game tak henti-henti. Tengok bola tengah malam sampai miss solat subuh. Layan anak-anak kat mall berjam-jam sampai tak sempat solat. Obses bela kucing sehingga berhabisan untuk masuk pertandingan dsb.

So, peringatan untuk diri ini, janganlah terperangkap, dan segeralah bertaubat. Dan mohonlah pertolongan Allah pagi dan petang dengan membaca surah Kursi, surah An Nas dan al Falaq, dan Isti'azah (A u zu billahiminasy syaitanirrajim).






No comments: