Friday, September 14, 2012

Doa Saidina Abu Bakar as Siddiq

Ahad baru-baru ni, di kelas Ustaz Dr Kabuye, kami diajar doa yang Saidina Abu Bakar amalkan:

.اللهم اجعل خير عمري أخيره, وخير عملي خواتمه, وخير ايامي يوم لقائك

Transliterasi: Allahumma aj'al khaira 'umuri akhirahu, wa khaira 'amali khawatimahu wa khaira ayyami yauma liqaa u ka.

Tranlasi: Oh Allah jadikan sebaik-baik kehidupanku di hujung umurku, dan sebaik-baik amalanku penutupnya, dan sebaik-baik hariku hari aku menemuiMu.

Saidina Abu Bakar as Siddiq (juga dikenali dengan nama Abu  Khuhafah) adalah orang teratas dalam senarai 10 orang yang dijanjikan oleh Allah semasa hayat mereka akan masuk syurga tanpa hisab. Beliau boleh dianggap manusia paling baik selepas para-para Rasul. Saidina Umar al Khattab yang berada di tangga kedua pernah berkata, seumur amalannya tak setanding satu hari amalan Saidina Abu Bakar.

Sepuluh orang yang dijanjikan syurga adalah seperti berikut:

1. Abu Bakar As Siddiq
2. Umar bin al Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
5. Talha bin Ubaidullah
6. Zubair bin Al 'Awwam
7.Abdul Rahman bin Auf
8. Sa'ad bin Abi Waqas
9. Sa'id bin Zaid
10. Abu Ubaidah 'Aamir bin Abdullah bin Al Jarrah.

Eloklah diamalkan doa hamba Allah yang mulia ini dalam rutin harian kita, inshaAllah.


No comments: