Saturday, May 23, 2015

Day 11: Paris (Part Deux)

Malam tadi kami berteka-teki breakfast apa pagi ini. Ada yang teka roti canai sebab malam tadi makan gulai kambing. Alangkah ajaib sekiranya crew Kelana Convoy boleh mengadakannya hahaha! Sarapan adalah roti tapi lof biasa dengan gulai kambing, atau cereal.

Hari ini tiada lunch disediakan, kerana seharian kami akan keluar untuk hari terakhir di Paris. Sememangnya banyak bangunan yang cantik-cantik dan bersejarah di Paris. Mujur ianya tidak dibom semasa Perang Dunia Kedua. Sambil bas melalui bangunan-bangunan ini, Abu bercerita tentang sejarah Paris. Yang paling melekat diminda ialah tentang raja Perancis Louis XIV yang terserlah "kepondanannya" (perkataan yang Abu pilih untuk terjermah perkataan "flamboyant" haha) telah mencentuskan budaya Perancis yang sukakan keindahan.

(Note to self: Lain kali kalau ke sini, mesti lawat Istana Versailles yang dibina oleh raja "flamboyant" ini. Juga Musee D'Orsay dan oh! Shakespeare & Co. Bookstore).

Kegilaan meletak mangga di jambatan-jambatan di Paris sebagai tanda kasih sehinggakan runtuh kerana berat sangat. Bahagian yang runtuh  ditutup dengan kadbod.

Hentian yang pertama ialah Arc de Triomphe di hujung Champs Elysees yang dibina bagi memperingati askar-askar Perancis yang berjuang di dalam peperangan Revolusi Perancis dan yang bersama Napolean. Selain dari monumen ini, di Champs Elysees juga terdapat deretan butik jenama-jenama terkenal. Masa untuk shopping lagi. Saya dapati butik di sini mempunyai lebih banyak pilihan dari outlet di La Valee Village, namun harga di La Valee ada yang lebih murah dari di butik. 
Pandangan dari dalam bas yang melalui Champs Elysees menuju ke Arc de Triomphe. 
101 Champs Elysees ialah alamat kedai LV.

Macaroon di Laduree.  Sedap!
 Destinasi berikutnya ialah bilik pameran wangian Fragonard. Destinasi yang best bagi penggemar wangian sebab harganya jauh lebih murah dari jenama-jenama besar.
Gambar dicilok dari internet. Semasa kami di sana Fragonard sedang mempromosikan bunga melur.

Semasa taklimat, kami tak dibenar mengambil gambar tetapi ada satu fakta yang saya baru tahu iaitu Malaysia merupakan pembekal salah satu bahan penting dalam pembuatan wangian iaitu "patchouli" atau setanggi.
Nampak tak  dari "Malaisie" datangnya "patchouli"? 
Taklimat untuk rombongan kami disampaikan oleh seorang wanita Cina yang bernama Leya. Memang ramai pekerja Asia di kedai-kedai ternama di Perancis. Kebetulan ada beberapa kumpulan pelancong dari China serentak dengan kami dan ada seorang memborong perfume satu suitcase penuh!

Selepas keluar dari muzium ini, kami berjalan ke bangunan yang saya kira tercantik di Paris iaitu l'Opera. Bila digoogle barulah tahu nama sebenarnya ialah Palais Garnier. Masa tu matahari sangat terik, namun ramai orang melepak di tangga bangunan ini sambil menikmati persembahan seorang busker.
Nampak tak Puteri Lilin di belakang tu?
Inilah gambar hadapan Palais Garnier (ehsan Wiki).
Kami kemudiannya dibawa ke kawasan berdekatan Pompidou untuk makan tengahari dan beli souvenir. Seperti biasa, makanan halal yang dihidangkan ialah kebab dan saudara-saudaranya. Zack dan saya selamba keluarkan bekal nasi impit kami. (Seriously, masa di sini, saya tak tahu pun bangunan depan square ini ialah Pampidou apatah lagi masuk ke dalamnya).

Penuh dengan geng Kelana Convoy.
Selepas makan, kami dibawa ke Masjid Besar Paris yang dihadiahkan oleh Kerajaan Perancis pada tahun 1921 bagi mengenang jasa askar-askar dari negara-negara jajahan Peranchis seperti Algeria, Maghribi dll yang membantu Peranchis dalam Peperangan Dunia Pertama. 








Semasa kami pergi ke sana masjid tersebut dalam proses pembaikan. Kebetulan waktu kami pergi ke ruang solat wanita, ada ramai Muslimah di situ yang sedang mengikuti kuliah dalam beberapa kumpulan kecil. Best sebab ada seorang wanita memberi salam kepada saya sambil tersenyum.

Aktiviti seterusnya ialah pilihan untuk menaiki cruise Sungai Seine. Tempat menaiki bot bersebelahan dengan Eiffel Tower tapi ramai yang pilih untuk naik cruise dahulu. Tak ingat bayarannya berapa. Tapi komentarnya membosankan sekejap dengar di earphone (?) gedabak, sekejap dengar dari Kapten cruise yang boleh cakap empat bahasa. Sampai nak tertidur dibuatnya.

"Earphone" gajah dan kapten cruise seiras Jake Gyllenhaal.


Last sekali kami bergambar di Eiffel Tower. Alhamdulillah akhirnya, sampai juga ku ke sini. Cantik dan gah binaannya, langsung tak seperti yang orang kata macam "besi buruk". Ingatkan mahu tunggu ke malam untuk pertunjukkan lampu, tapi apabila sehingga jam 9.15 ianya masih belum bermula, kami pun balik. Kalau lewat sangat, bas tidak akan menghantar kami ke airport esok pagi. Geng yang mulanya bercadang untuk tinggal lagi dan balik sendiri ke campsite pun akhirnya serah diri sebab kepenatan.


Malam itu kami dijamu nasi ayam hailam versi rebus yang bertukar rupa bubur nasi pada esok pagi sebagai sarapan, lengkap dengan telur masin dan bawang goreng. Sedap! 

Esok pagi-pagi kami dihantar ke l'aeroport Charles de Gaulle bersama dengan belasan yang lain yang memilih untuk pulang ke Malaysia dari Paris. Baki rombongan pulang semula ke London.

Au revoir et à bientôt Paris!

Thursday, May 21, 2015

Day 10: Bonjour Paris!

Semalam, kami menghabiskan masa selama 11 jam di dalam bas. Menurut undang-undang di Eropah, pemandu kena berhenti setiap 4 jam untuk rehat selama 45 minit. Masa ini jugalah kami dapat regangkan kaki yang hampir cramp.

Kami tiba di Campsite Paris-Est yang terletak di Champigny, Paris lewat petang. Dari kesemua kabin yang kami sewa, inilah kabin yang paling selesa kerana dilengkapi dapur dan bilik air. (Sebenarnya memang tiada pilihan kabin asas di sini). Sewanya 50 pound seorang untuk 3 malam.

Ramai juga ahli rombongan memilih untuk berkhemah kerana cuaca di Paris tidak terlalu sejuk. Usai memunggah bagasi, saya menyerahkan bekalan makanan dalam tin saya kepada Abu. Kalau tak silap 3 tin berasaskan ikan dan 1 tin kari ayam dan 1 kari daging. Memang tak sempat nak makan kerana kebanyakan makanan ditanggung beres oleh Kelana Convoy. Abu kata semuanya dia akan masukkan ke dalam sambal sardinnya. Isy, saya kata, kari daging dan ayam tu campurkan dengan menu gulai malam esoklah. Dia kata tak pa, selalunya dia masak sardin letak kari, tapi serbuk kari dah habis. Malam tu, saya dengar ahli rombongan bincang pasal jumpa tulang ayam dalam lauk sardin. "Isy, tak kan kot! Kita makan ayam dulu hari ke berapa ntah?" Saya senyum sorang-sorang.





Breakfast esok pagi makan cucur udang/cucur bawang cicah sos atau kuah sardin. Best!

Aturcara asal ialah bas akan pergi ke Disneyland. Sesiapa yang tak mahu ke Disneyland, boleh pergi Paris sendiri. Tetapi memandangkan majoritas memilih untuk tidak pergi ke Disneyland, maka bas akan mengangkut majoritas ke Paris, dan yang pergi Disneyland balik ke campsite menaiki teksi (tambangnya ditampung oleh majoritas).
Yay! Dapat bergambar depan Disneyland.
Kami menggunakan sepenuhnya 20 minit peluang bergambar di Disneyland. Selepas itu kami naik bas untuk ke La Valee Village shopping outlet yang tak jauh dari situ. 2 jam sahaja diperuntukkan maka strateginya ialah masuk kedai yang dah disasar sahaja iaitu Coach dan Longchamp. Last sekali masuk supermarche untuk beli buah-buahan. Yang penting, kami tak mahu jadi orang terakhir sekali naik bas!





Terkial-kial menggunakan mesin bayar sendiri di pasaraya


Lepas shopping, kami balik ke campsite sebab hantar Abu yang sudah beli groceries untuk memasak di Paris. Makan tengahari tak disediakan maka kami pun masak maggi di kabin. (Tip: Untuk shopping tidak perlu bawa tunai kerana hampir semua kantor menerima kad kredit. Cuma sendiri mahu ingat, kalau kad kredit ni selalu memberi dorongan untuk terlajak membeli.)

Selepas jamak solat Zohor dan Asar, lesen berjalan lagilah besar. Cuaca sebelah petang sangat baik, alhamdulillah. Kunjungan pertama petang itu ialah ke Basilica of the Sacred Heart of Paris, atau Sacré-Cœur Basilica.
Pandangan dari bawah. Untuk sampai ke atas boleh dengan panjat tangga atau naik keretapi mcm di Bukit Bendera, tapi tak tinggi manapun.
Dari kawasan gereja ini, seluruh Paris boleh dilihat untuk beberapa kilometer jaraknya. Eiffel Tower pun kelihatan.

Tak lama pun kami di sini sebab tak masuk ke dalam gereja. Deretan kedai souvenir di bawah bukit lebih memikat. Di situlah kami mencuba beberapa patah perkataan Peranchis dengan peniaga-peniaga Bangladesh!

Last sekali bas menyinggah di Musée du Louvre. Pemandu bas dengan tenang park bas depan muzium untuk tunggu kami ambil gambar di Piramid Besar. Muzium tak masuk pun, kalau nak juga kena peruntukkan sehari untuk tengok Mona Lisa dan lain-lain.

Tunggu kami datang!


Akhirnya ku di sini.


Arc de Triomphe du Carrousel berhampiran the Louvre.
Malam itu kami dah ambil masa Andy si pemandu bas setengah jam. Esok kami bertolak pukul 9 pagi, setengah jam lewat dari biasa. Begitulah peraturan di Eropah. Menu makan malam istimewa sekali iaitu gulai kambing (atau daging bakar) siap dengan jelantah dan telur asin.

Wednesday, May 20, 2015

Switzerland (Part Deux)

Semua ahli rombongan memilih untuk menginap di rumah panjang kerana tak sanggup kesejukan di kaki Alps. Namun ada juga orang berkhemah. Sewa untuk bilik basic seperti yang kami pilih ialah 20 pound/pax untuk dua malam. Dinding bilik ini kelihatan seperi kulit kayu, tapi itu hanyalah wallpaper atau tikar getah. Dindingnya senipis kadbod sehinggakan tetamu berdengkur di bilik sebelah kedengaran seperti dia tidur sebilik dengan kami. Kami yang bangun awal untuk bersubuh terpaksa berpelan-pelan setelah didengusi orang sebelah.
Inilah bilik kami untuk 2 malam.

Digagahkan juga panjat bunk atas sebab yang di bawah sangatlah rendah nak tegak kepala pun tak dapat. 


Kelihatan bumbung rumah panjang kami di antara pergunungan Alps.

Deretan airterjun penyejuk mata kami.
Orang putih yang berdarah panas menanggalkan khemah mereka.
Bersebelahan dengan campsite ada satu bangsal dan padang ragut biri-biri. Kelihatan baru diambil bulu kepul-kepul mereka, biri-biri tanpa takut mampir ke arah kami sewaktu kami mengambil gambar.



Botol minuman yang direndam dalam air parit yang dingin.

















Semasa campsite sepi, kami selesa membasuh baju namun mengeringkannya perlu beberapa pusingan barulah pakaian kering. 


Makan maggi di "restoran berputar"
Pada malam kami tiba di Switzerland, menunya ialah Spaghetti Bolognaise a'la Kelana Convoy yang menggunakan tuna chunks menggantikan daging kisar. Keesokan paginya, kami bersarapan mi goreng mamak. Tiada lunch yang dimasak hari itu kerana semua orang dibekalkan dengan satu ketul cokelat Cadbury kerana ramai yang memilih untuk ke Jungfrau. Selain perlu berpakaian panas dan kalis air, mereka perlu makan banyak gula untuk selesa di kawasan tinggi. 


Selepas kembali dari pekan Lauterbrunnen, kami masak maggi. Sementara itu di khemah memasak, kami nampak Abu sedang menyediakan nasi lemak. Semuanya dia buat sendirian. Nak tolong kupas kulit telur pun dia tolak. Sedang rileks, katanya. Paling kagum dia menyambal "from scratch". Cili kering direbus kemudian dikisar di situ. Bayangkan makan nasi lemak panas di lembah Alps. Memang pergh!!!

Nasi lemak ku tak bersambal sebab takut pedas.

Keesokan hari kami mengucapkan selamat tinggal kepada Lauterbrunnen dan meneruskan perjalanan 11 jam untuk sampai ke Paris.




Auf Wiedersehen Schweiz. (Until we see you again, Switzerland)! InsyaAllah jika diizinNya akan ku ulangi tempat ini.

Tuesday, May 19, 2015

Day 8 & 9: Switzerland (Part 1)

Saya merasakan bagai masuk ke dalam poskad. Subhanallah sungguh cantik daerah sebelah sini.

Beberapa tahun dulu saya sempat singgah ke Zurich untuk lawatan sehari, tapi waktu itu cuaca mendung dan ingatan saya tentang Zurich ialah tram, bangunan, pusat Islam dan tasik yang suram. Lauterbrunnen, pada saya ialah apa yang saya gambarkan tentang Switzerland! Ianya sebuah pekan kecil di daerah Swiss Alps dan dikelilingi oleh gunung, lembah, anak sungai dan air terjun yang terhasil dari salji yang cair di pergunungan Alps. Suasana malam dan pagi masih sejuk, namun di siang hari terik mataharinya boleh memberi sunburn. Kami di sini 1 hari 2 malam. Ramai ahli rombongan memilih untuk naik keretapi ke Jungfrau, namun saya dan Zack bersantai-santai di pekan ini.

Gambar-gambar berikut disusun menurut turutan perjalanan dari pekan Lauterbrunnen ke campsite.


Stesyen keretapi Lauterbrunnen
Berdekatan dengan stesyen keretapi ada sebuah co-op di mana kami masuk untuk membeli buah-buahan, jajan dan aiskrim; dua buah bank di mana Zack cuba untuk tukar pound ke Swiss Franc tetapi mereka tak beri kadar tukaran yang bagus (1 lagi tutup); satu kedai jam yang banyak koleksi best (tour guide beritahu kalau beli jam Tissot di Swiss, warantinya sepanjang hayat. Sekiranya rosak boleh dibaiki FOC. Sekiranya tiada spare parts, akan diganti dengan model terkini dengan menambah sedikit wang) dan sebuah kedai kopi bernama Airtime Coffee Shop di mana kami membayar 4 Swiss Franc untuk secawan kopi dan Wifi percuma (password: coffeetime).

Lihatlah pemandangan di belakangku. Sambil melayari internet, kami didedangkan oleh bunyi loceng yang dipakaikan di leher lembu-lembu yang sedang makan rumput di padang ragut.

Beberapa langkah dari kedai kopi ialah Hotel Staubach yang yang juga nama lembah yang mempunyai banyak airterjun di situ.
Simpang selepas Hotel Staubach.
Lihat ni. Comelkan?
Pengangkutan bernas!

Terserempak dengan kawan serombongan juga bakal doktor, Cik Rafa yang meneroka sorang-sorang. Memang selamat tempat ini.
Gambar yang ada jam best sebab kita tahu waktu gambar diambil.






Jalan masuk ke campsite.