Sunday, May 17, 2015

Day 4: London - Amsterdam



Pukul 6.45 pagi kami bertolak dari flat Azie untuk ke Speaker's Corner dengan menaiki kereta Saiful bersama-sama 3 orang dari Malaysia yang kebetulan peserta Kelana Convoy yang menetap dirumahnya.


Kelana Convoy ialah syarikat milik rakyat Malaysia yang menetap di UK yang menyediakan pengembaraan "budget" dengan hidangan citarasa Malaysia hampir setiap hari.





Bas sudah menanti pada jam 7.30 pagi  untuk proses pendaftaran dan loading bagasi. Seramai 50 peserta Malaysia dan 1 dari Indonesia beserta 4 crew dan bas dipandu oleh seorang Inggeris bertolak tepat jam 8 pagi. Ketepatan masa mesti dipatuhi kerana bas telah menempah untuk menaiki Channel Tunnel pada jam 11 tengahari untuk menyeberangi Selat Inggeris memasuki Perancis. Sesiapa yang terlewat, terpaksa pergi ke point berikutnya untuk sertai rombongan. Mujur tiada siapa yang tertinggal.

Pengurus rombongan kali ini bernama Abu Yazid, 29 tahun dibantu oleh 2 orang pemuda awal 20-an dan seorang pelatih berusia 18 tahun.




Channel Tunnel (atau Chunnel) ialah terowong keretapi bawah laut yangmenyambungkan Dover, England dan Calais, Perancis. Ianya sejauh 50 km. Terdapat tiga terowong berasingan yang membawa keretapi penumpang Eurostar, Eurotunnel Shuttle yang membawa kenderaan darat, dan satu terowong untuk keretapi kargo antarabangsa. Perjalanan kami sekitar 1 jam untuk sampai ke tanah Perancis.


Eurotunnel shuttle yang membawa kenderaan darat.
Bas dipandu untuk memasuki gerabak.
Bas sudah masuk ke dalam gerabak.
Penumpang santai di dalam gerabak sementara keretapi merentasi bawah Selat Inggeris.




































































Destinasi bas ialah untuk ke Amsterdam di bahagian utara, menyusuri Peranchis dan Belgium. Di tengah perjalanan, bas berhenti di PJ Chocolate Factory. Cokelat di sini murah kerana packaging simple sahaja.
Suasana di dalam kedai dengan beraneka cokelat

Cokelat menyamar donut dan cupcake.





Memang rambang mata tapi akhirnya saya tak membeli sebarang cokelat di sini kerana perjalanan masih panjang dan beg masih berat dengan makanan tin yang dibawa dari Malaysia. Bermacam bentuk yang comel-comel dan jenis-jenis seashells, nougat, dan lain-lain. Tour manager sempat memberi tip untuk mengelakkan cokelat menjadi cair.

Saya mencuba aiskrimnya sahaja. Dua scoop berperisa pisang dan strawberry.




Sebelum ini ada terbaca tentang trick peniaga apabila pelanggan minta dua scoop aiskrim, scoop kedua akan diberi setengah scoop sahaja. Di sini saya menyaksikan dengan sedar kenyataan tersebut. Sebab itu harga untuk 2 scoop selalunya lebih murah. Jadi untuk dapat 2 scoop penuh, tipnya ialah minta 2 scoop tapi bekas asing-asing; baru dapat 2 scoop penuh. (Tip ini belum dicuba sendiri).









Sepanjang perjalanan ini, majlis takruf dijalankan di dalam bas, maka kami mengambil giliran memperkenalkan diri serba sedikit. Peserta termuda berusia 5 tahun, dan yang paling tua 69 tahun. Ada beberapa peserta menetap di UK, seorang bekerja di Kazakhstan, seorang di Turkmenistan dan selebihnya dari Malaysia. Bersyukur rasanya kerana terdapat 5 orang doktor dalam rombongan kami, maka sekiranya sakit, adalah tempat untuk merujuk.

Kami tiba di campsite Amsterdam Bos lewat petang, dan kumpulan yang memilih untuk tinggal di khemah diajar untuk memasang khemah. Saya dan Zack memilih untuk tinggal di cabin. Bayaran untuk tinggal di cabin asas tanpa bilik air ialah 20 pound/pax untuk 2 hari.



Facility tandas, shower, dan mesin basuh kegunaan peserta yang tinggal di khemah atau kabin asas.

Kabin No. 110,  kami kongsi 4 orang. 

Interior: Ada 2 double-decker dan set meja dan 2 kerusi.

Basikal untuk disewa.
Air panas untuk mandi dikenakan bayaran tapi tak ingat berapa Euro.  Sebelah malam, kami berhimpun di dewan makan untuk makan nasi yang sudah siap dibungkus berlaukkan gulai ayam dan kacang buncis dan menikmati Wi-Fi percuma. Kelihatan beberapa peserta Eropah juga makan di situ.

Cuaca malam dan pagi sangatlah sejuk, maka kami makan malam dan sarapan pagi berpakaian ala winter walaupun sudah masuk musim bunga.
Selain dari makan, meja ini menjadi port untuk mengcaj telefon.
Advantage jika bawa multiport extension dan adaptor 2 pin bulat.

No comments: