Wednesday, May 13, 2015

Day 3 : London

Walaupun hari ini ialah 1 haribulan Mei, ianya bukanlah sambutan Hari Buruh. Sebaliknya, rakyat Britain menyambutnya pada hari Isnin pertama bulan Mei.

Hari ini kami keluar lewat sikit, naik bas HOHO laluan kuning ke Buckingham Palace. (Live guide hari ni tak best!). Belum jam 11 pagi sudah ramai orang di perkarangan istana, memandangkan semalam acara perarakan terpaksa dibatalkan akibat hujan. Menurut buku Rick Steve, tempat yang terbaik untuk menyaksikan acara pertukaran pengawal adalah di atas bukit kecil yang ada patung Queen Victoria depan istana. Jauh sikit tapi boleh  nampak jelas. Yang berkerumun depan pagar mungkin nampak jambul orang-orang di hadapan sahaja. Tepat jam 11.30, pasukan pancaragam pengawal shift baru masuk, kawat-kawat, tukar pengawal. Adalah dalam setengah jam, dah habis. Pelancong bersurai.

Sami Budha tak terkecuali mahu tonton.

Pengawal baru berarak masuk

Masuk shift.

Tukar shift.
Kami terus ke acara kedua iaitu ke Harrods. Naik bas HOHO laluan merah ke Hyde Corner untuk tukar bas HOHO laluan biru. Banyaknya muzium yang kami lalu di laluan ini tapi tak sempat nak lawati.
Sempena musim bunga, Harrods dihiasi dengan bunga-bungaan.
Masuk sahaja Harrods, kami cari pengawal minta peta dan dia rekemen masuk Food Hall. Sebelum itu, kami mencari escalator yang ada kemasan a'la Mesir, maka kami ke atas sambil tinjau di mana bilik air. Apa yang menariknya, Harrods sudah tidak kenakan bayaran untuk guna bilik airnya. Berbeza dari info dalam buku Rick Steve 2002 yang berkata bilik air di Harrods adalah bilik air termahal kerana dikenakan fi 1 pound.

Tak berapa nak jelas escalator sebab lampu malap di sini.
Di Food Halls, banyaknya makanan dijual, makanan yang dah siap mahupun yang mentah seperti daging, ikan, buah-buahan, dan bunga-bungaan disusun dengan menarik sekali. Kami teruja di bahagian desserts dan pastry.
Ini satu sudut makanan yang menggiurkan.


Kami keluar dari Harrods dengan membeli kuih seorang satu. Jangan kan tidak.




Dari Harrods, kami singgah makan di Restoran al Balad, yang terletak di Edgware Road. Saya memesan Mousakka dan Zack, shawarma ayam. Barulah ada tenaga untuk bershopping di Oxford Street yang tak jauh dari situ,

Antara deretan kedai di Oxford Street.
Kami membeli-belah sikit sehingga jam 7 petang dan pulang dengan bas no. 7. Esok kami akan join Kelana Convoy untuk lawatan ke beberapa negara Eropah yang lain.

Dari lawatan singkat ini, saya berpendapat London adalah tempat yang best untuk dilawati dan didiami. Suasananya aman, bersih dan cantik serta sistem pengangkutannya cekap. Kelihatan ramai orang Islam di sini dan ramai wanita berhijab. Makanan halal pula senang didapati.

Memang boleh diulang London sekali lagi.


No comments: