Di sini saya belajar apa itu "whey" yang saya selalu jumpa di label makanan. Ianya merupakan bahagian yang terpisah dari susu yang dimasak. Bahagian pejal menjadi keju dan yang sisa itulah "whey". Susu dicampur dengan renet iaitu enzim dari usus anak lembu (mereka tidak menggunakan sumber dari babi). Namun, sejak pergerakan anti-kekejaman haiwan semakin vokal, renet yang banyak digunakan sekarang ialah renet jenis sintetik.
Keju yang dibiarkan di para untuk matang. |
Demo pembuatan terompah. |
Peluang untuk berposing banyak di sini. |
Destinasi berikutnya ialah taman bunga Keukenhof. Sudah tidak sabar untuk melihat deretan bunga tulip yang masyhur itu. Namun langit sudah mendung dan hujan dijangka akan turun.
Keukenhof dibuka untuk waktu terhad setiap tahun. Tahun ini ianya dibuka mulai 20 Mac sehingga 17 Mei dan temanya pula ialah mengingati 125 tahun kematian artis Belanda yang tersohor iaitu Vincent Van Gogh. Bayaran tiket masuk ialah 16 Euro seorang.
Terdapat lebih dari 7 juta bunga tulip, daffodil dan hycinth pelbagai warna dan rupa ditanam di dalam taman sebesar 32 hektar. Kami diberi masa 2 jam di sini untuk menerokai taman dan mengambil gambar. Mood sedikit terjejas kerana cuaca sekejap mendung, sekejap redup.
Memandangkan tema taman ialah memperingati ulangtahun kematian Van Gogh, satu mural menggunakan ribuan bunga tulip dan hyacinth membentuk potret artis itu.
Mural ini digunakan sebagai selfie background untuk para pengunjung seperti kami.
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke bandar Amsterdam melihat bangunan-bangunannya, melalui lorong "daerah merah" dimana kami dipesan supaya tidak mengambil gambar-gambar di sana sekiranya tidak mahu dibalun oleh Mafia, dan diberi opsyen untuk menaiki cruise. Oleh kerana cuaca mendung dan hujan, tidak ramai yang ikut serta. Kami juga dipesan oleh tour manager, sekiranya mahu minum kopi, masuklah ke "Cafe" dan tidak memilih "Coffee Shop" iaitu tempat menjamu ganja.
Ada lagi kereta yang lebih kecil dari Kancil rupanya. |
![]() |
Hampir lengkap gambar kumpulan. Ehsan dari kamera Azizah. |
![]() |
Muzium Van Gogh tutup pula. |
![]() |
Pengurus rombongan merangkap tukang masak in action. |
No comments:
Post a Comment