Semua ahli rombongan memilih untuk menginap di rumah panjang kerana tak sanggup kesejukan di kaki Alps. Namun ada juga orang berkhemah. Sewa untuk bilik basic seperti yang kami pilih ialah 20 pound/pax untuk dua malam. Dinding bilik ini kelihatan seperi kulit kayu, tapi itu hanyalah wallpaper atau tikar getah. Dindingnya senipis kadbod sehinggakan tetamu berdengkur di bilik sebelah kedengaran seperti dia tidur sebilik dengan kami. Kami yang bangun awal untuk bersubuh terpaksa berpelan-pelan setelah didengusi orang sebelah.
 |
Inilah bilik kami untuk 2 malam. |
 |
Digagahkan juga panjat bunk atas sebab yang di bawah sangatlah rendah nak tegak kepala pun tak dapat. |
 |
Kelihatan bumbung rumah panjang kami di antara pergunungan Alps. |
 |
Deretan airterjun penyejuk mata kami. |
 |
Orang putih yang berdarah panas menanggalkan khemah mereka. |
Bersebelahan dengan campsite ada satu bangsal dan padang ragut biri-biri. Kelihatan baru diambil bulu kepul-kepul mereka, biri-biri tanpa takut mampir ke arah kami sewaktu kami mengambil gambar.
 |
Botol minuman yang direndam dalam air parit yang dingin. |
Semasa campsite sepi, kami selesa membasuh baju namun mengeringkannya perlu beberapa pusingan barulah pakaian kering.
 |
Makan maggi di "restoran berputar" |
Pada malam kami tiba di Switzerland, menunya ialah Spaghetti Bolognaise a'la Kelana Convoy yang menggunakan tuna chunks menggantikan daging kisar. Keesokan paginya, kami bersarapan mi goreng mamak. Tiada lunch yang dimasak hari itu kerana semua orang dibekalkan dengan satu ketul cokelat Cadbury kerana ramai yang memilih untuk ke Jungfrau. Selain perlu berpakaian panas dan kalis air, mereka perlu makan banyak gula untuk selesa di kawasan tinggi.
Selepas kembali dari pekan Lauterbrunnen, kami masak maggi. Sementara itu di khemah memasak, kami nampak Abu sedang menyediakan nasi lemak. Semuanya dia buat sendirian. Nak tolong kupas kulit telur pun dia tolak. Sedang rileks, katanya. Paling kagum dia menyambal "from scratch". Cili kering direbus kemudian dikisar di situ. Bayangkan makan nasi lemak panas di lembah Alps. Memang pergh!!!
 |
Nasi lemak ku tak bersambal sebab takut pedas. |
Keesokan hari kami mengucapkan selamat tinggal kepada Lauterbrunnen dan meneruskan perjalanan 11 jam untuk sampai ke Paris.
Auf Wiedersehen Schweiz. (Until we see you again, Switzerland)! InsyaAllah jika diizinNya akan ku ulangi tempat ini.
No comments:
Post a Comment