Tuesday, May 19, 2015

Day 8 & 9: Switzerland (Part 1)

Saya merasakan bagai masuk ke dalam poskad. Subhanallah sungguh cantik daerah sebelah sini.

Beberapa tahun dulu saya sempat singgah ke Zurich untuk lawatan sehari, tapi waktu itu cuaca mendung dan ingatan saya tentang Zurich ialah tram, bangunan, pusat Islam dan tasik yang suram. Lauterbrunnen, pada saya ialah apa yang saya gambarkan tentang Switzerland! Ianya sebuah pekan kecil di daerah Swiss Alps dan dikelilingi oleh gunung, lembah, anak sungai dan air terjun yang terhasil dari salji yang cair di pergunungan Alps. Suasana malam dan pagi masih sejuk, namun di siang hari terik mataharinya boleh memberi sunburn. Kami di sini 1 hari 2 malam. Ramai ahli rombongan memilih untuk naik keretapi ke Jungfrau, namun saya dan Zack bersantai-santai di pekan ini.

Gambar-gambar berikut disusun menurut turutan perjalanan dari pekan Lauterbrunnen ke campsite.


Stesyen keretapi Lauterbrunnen
Berdekatan dengan stesyen keretapi ada sebuah co-op di mana kami masuk untuk membeli buah-buahan, jajan dan aiskrim; dua buah bank di mana Zack cuba untuk tukar pound ke Swiss Franc tetapi mereka tak beri kadar tukaran yang bagus (1 lagi tutup); satu kedai jam yang banyak koleksi best (tour guide beritahu kalau beli jam Tissot di Swiss, warantinya sepanjang hayat. Sekiranya rosak boleh dibaiki FOC. Sekiranya tiada spare parts, akan diganti dengan model terkini dengan menambah sedikit wang) dan sebuah kedai kopi bernama Airtime Coffee Shop di mana kami membayar 4 Swiss Franc untuk secawan kopi dan Wifi percuma (password: coffeetime).

Lihatlah pemandangan di belakangku. Sambil melayari internet, kami didedangkan oleh bunyi loceng yang dipakaikan di leher lembu-lembu yang sedang makan rumput di padang ragut.

Beberapa langkah dari kedai kopi ialah Hotel Staubach yang yang juga nama lembah yang mempunyai banyak airterjun di situ.
Simpang selepas Hotel Staubach.
Lihat ni. Comelkan?
Pengangkutan bernas!

Terserempak dengan kawan serombongan juga bakal doktor, Cik Rafa yang meneroka sorang-sorang. Memang selamat tempat ini.
Gambar yang ada jam best sebab kita tahu waktu gambar diambil.






Jalan masuk ke campsite.

No comments: