Thursday, May 21, 2015

Day 10: Bonjour Paris!

Semalam, kami menghabiskan masa selama 11 jam di dalam bas. Menurut undang-undang di Eropah, pemandu kena berhenti setiap 4 jam untuk rehat selama 45 minit. Masa ini jugalah kami dapat regangkan kaki yang hampir cramp.

Kami tiba di Campsite Paris-Est yang terletak di Champigny, Paris lewat petang. Dari kesemua kabin yang kami sewa, inilah kabin yang paling selesa kerana dilengkapi dapur dan bilik air. (Sebenarnya memang tiada pilihan kabin asas di sini). Sewanya 50 pound seorang untuk 3 malam.

Ramai juga ahli rombongan memilih untuk berkhemah kerana cuaca di Paris tidak terlalu sejuk. Usai memunggah bagasi, saya menyerahkan bekalan makanan dalam tin saya kepada Abu. Kalau tak silap 3 tin berasaskan ikan dan 1 tin kari ayam dan 1 kari daging. Memang tak sempat nak makan kerana kebanyakan makanan ditanggung beres oleh Kelana Convoy. Abu kata semuanya dia akan masukkan ke dalam sambal sardinnya. Isy, saya kata, kari daging dan ayam tu campurkan dengan menu gulai malam esoklah. Dia kata tak pa, selalunya dia masak sardin letak kari, tapi serbuk kari dah habis. Malam tu, saya dengar ahli rombongan bincang pasal jumpa tulang ayam dalam lauk sardin. "Isy, tak kan kot! Kita makan ayam dulu hari ke berapa ntah?" Saya senyum sorang-sorang.





Breakfast esok pagi makan cucur udang/cucur bawang cicah sos atau kuah sardin. Best!

Aturcara asal ialah bas akan pergi ke Disneyland. Sesiapa yang tak mahu ke Disneyland, boleh pergi Paris sendiri. Tetapi memandangkan majoritas memilih untuk tidak pergi ke Disneyland, maka bas akan mengangkut majoritas ke Paris, dan yang pergi Disneyland balik ke campsite menaiki teksi (tambangnya ditampung oleh majoritas).
Yay! Dapat bergambar depan Disneyland.
Kami menggunakan sepenuhnya 20 minit peluang bergambar di Disneyland. Selepas itu kami naik bas untuk ke La Valee Village shopping outlet yang tak jauh dari situ. 2 jam sahaja diperuntukkan maka strateginya ialah masuk kedai yang dah disasar sahaja iaitu Coach dan Longchamp. Last sekali masuk supermarche untuk beli buah-buahan. Yang penting, kami tak mahu jadi orang terakhir sekali naik bas!





Terkial-kial menggunakan mesin bayar sendiri di pasaraya


Lepas shopping, kami balik ke campsite sebab hantar Abu yang sudah beli groceries untuk memasak di Paris. Makan tengahari tak disediakan maka kami pun masak maggi di kabin. (Tip: Untuk shopping tidak perlu bawa tunai kerana hampir semua kantor menerima kad kredit. Cuma sendiri mahu ingat, kalau kad kredit ni selalu memberi dorongan untuk terlajak membeli.)

Selepas jamak solat Zohor dan Asar, lesen berjalan lagilah besar. Cuaca sebelah petang sangat baik, alhamdulillah. Kunjungan pertama petang itu ialah ke Basilica of the Sacred Heart of Paris, atau Sacré-Cœur Basilica.
Pandangan dari bawah. Untuk sampai ke atas boleh dengan panjat tangga atau naik keretapi mcm di Bukit Bendera, tapi tak tinggi manapun.
Dari kawasan gereja ini, seluruh Paris boleh dilihat untuk beberapa kilometer jaraknya. Eiffel Tower pun kelihatan.

Tak lama pun kami di sini sebab tak masuk ke dalam gereja. Deretan kedai souvenir di bawah bukit lebih memikat. Di situlah kami mencuba beberapa patah perkataan Peranchis dengan peniaga-peniaga Bangladesh!

Last sekali bas menyinggah di Musée du Louvre. Pemandu bas dengan tenang park bas depan muzium untuk tunggu kami ambil gambar di Piramid Besar. Muzium tak masuk pun, kalau nak juga kena peruntukkan sehari untuk tengok Mona Lisa dan lain-lain.

Tunggu kami datang!


Akhirnya ku di sini.


Arc de Triomphe du Carrousel berhampiran the Louvre.
Malam itu kami dah ambil masa Andy si pemandu bas setengah jam. Esok kami bertolak pukul 9 pagi, setengah jam lewat dari biasa. Begitulah peraturan di Eropah. Menu makan malam istimewa sekali iaitu gulai kambing (atau daging bakar) siap dengan jelantah dan telur asin.

No comments: