Seperti biasa bas bertolak pada jam 8.30 pagi menuju Mini Europe yang terletak di Brussels, Belgium. Sebelum tiba, bas berhenti di Atomium, iaitu sebuah menara replika atom yang dibesarkan 165 billion kali. Ironisnya, bersebelahan Atomium ialah taman Mini Europe yang mempunyai replika bangunan-bangunan tersohor di negara ahli EU yang dikecilkan 25 kali ganda. Bolehlah dikatakan sudah mengelilingi Eropah hanya dengan datang ke sini. Kalau tak silap, tiket masuk berharga 12.20 Euro.
 |
Seperti set lego. |
 |
Replika Grand Place, Brussels di musim panas dengan dekorasi bunga-bungaan. |
 |
Menjadi soldadu QE tanpa leher di Brussels |
 |
Dipaksa bergambar, itulah muka yang sewajarnya. |
Selepas makan tengahari (nasi goreng KFC - go figure!), kami dibawa ke Grand Place yang sebenar yang sungguh indah dan agam.
 |
Punny namun ...... menjadi tanda tanya. |
Di sini kami mencuba Belgian waffles, dan membeli cokelat dengan packaging yang ekslusif.
 |
Yang dipamer di cermin. |
 |
Yang sebenar kami dapat. Ini dia contoh pengiklanan palsu haha! Terus selera hilang 20%. |
 |
Bukan Caliph Buskers. |
 |
Dumb and Dumber? |
Penginapan kami pada hari ini ialah di sempadan Belgium dan Luxembourg. Terpencil dan jalan masuk ke campsite ini dikelilingi rumah-rumah yang seperti dari zaman Perang Dunia Kedua.
 |
Pandangan pertama. Alamak! |
 |
Pandangan di sisi yang lain. |
 |
Tetapi di dalamnya sangat selesa. |
 |
Dewan makan. |
 |
Dalam dewan makan. |
Tiada yang memilih untuk berkhemah di sini kerana hujan dan sangat sejuk. Sewa untuk cabin seperti kami yang berkongsi 13 orang tanpa bilik air ialah 5 pound seorang dan kami menyewa untuk satu malam sahaja. Campsite ini menepati "rustic to the tee". Menu dinner ialah nasi dan tomyam ayam.
 |
Pejabat pendaftaran Camp Le Roptai. |
No comments:
Post a Comment