Destinasi pertama hari ini ialah ke rumah kediaman rasmi Grand Duke of Luxembourg yang berada di Luxembourg City. Baginda mempunyai istana yang lebih gah di tempat lain tapi inilah yang digunakan untuk majlis rasmi walaupun ianya terletak di kawasan komersial. Di luarnya sentiasa ada pengawal yang menjadikan ianya satu lokasi mengambil gambar yang menarik!
 |
Askarnya bersaiz sederhana namun tiada siapa berani ceroboh kerana senapang berselimpang di dada. |
 |
Berjalan ke destinasi yang berikutnya iaitu Pont Adolphe yang diwartakan sebagai World Heritage Site. |
 |
Di sinilah yang dikatakan balkoni corniche paling indah di dunia kerana pemandangannya. |
 |
Di situlah tempat selfie yang cantik. |
Luxembourg juga ialah sebuah negara yang kaya-raya. Selain dari jenama besar, mereka juga mempunyai banyak jenama tempatan yang ekslusif yang kita mungkin tidak pernah mendengarnya.
 |
Kami cuma pandang, berselfie dan berlalu. |
Kami singgah di kawasan RnR untuk solat dan makan tengahari yang istimewa iaitu Meehoon Tomyam yang memang yum-yum. Masih ingat lagi menu malam tadi? Memang kreatif tukang masak kitarsemula leftovers ke dalam menu yang baru.
Bas meneruskan perjalanan ke Switzerland. Masa perjalanan agak panjang sehingga sempat habis menonton satu video filem di dalam bas. Pemandangan bertukar ketara sekali apabila memasuki Switzerland. Kami melalui sebuah tasik yang besar dan indah dan pemandangan bertambah menarik apabila kami memasuki Lauterbrunnen, sebuah kampung di kaki gunung Jungfrau. Namun pemandangan kurang jelas kerana sudah hampir malam dan hujan pula. Ramalan cuaca untuk esok pun kurang bagus lalu Abu menyarankan agar semua orang berdoa untuk cuaca baik esok.
Apabila memasuki Switzerland, matawang yang digunakan ialah Swiss Franc. Malam itu kami menukar sedikit wang dengan Abu untuk mendapatkan wang untuk bayar air panas iaitu 1/2 Swiss Franc untuk 15 minit, dan wang untuk membasuh pakaian. Tukaran Swiss Franc ke Euro lebih kurang sama, maka Abu menukar terus. Namun di kedai-kedai di sini, mereka mengenakan kadar yang lebih tinggi. Maklumat lanjut tentang pengalaman di Lauterbrunnen akan diceritakan di post yang akan datang.
No comments:
Post a Comment