Hari ini tiada lunch disediakan, kerana seharian kami akan keluar untuk hari terakhir di Paris. Sememangnya banyak bangunan yang cantik-cantik dan bersejarah di Paris. Mujur ianya tidak dibom semasa Perang Dunia Kedua. Sambil bas melalui bangunan-bangunan ini, Abu bercerita tentang sejarah Paris. Yang paling melekat diminda ialah tentang raja Perancis Louis XIV yang terserlah "kepondanannya" (perkataan yang Abu pilih untuk terjermah perkataan "flamboyant" haha) telah mencentuskan budaya Perancis yang sukakan keindahan.
(Note to self: Lain kali kalau ke sini, mesti lawat Istana Versailles yang dibina oleh raja "flamboyant" ini. Juga Musee D'Orsay dan oh! Shakespeare & Co. Bookstore).
(Note to self: Lain kali kalau ke sini, mesti lawat Istana Versailles yang dibina oleh raja "flamboyant" ini. Juga Musee D'Orsay dan oh! Shakespeare & Co. Bookstore).
Kegilaan meletak mangga di jambatan-jambatan di Paris sebagai tanda kasih sehinggakan runtuh kerana berat sangat. Bahagian yang runtuh ditutup dengan kadbod. |
Hentian yang pertama ialah Arc de Triomphe di hujung Champs Elysees yang dibina bagi memperingati askar-askar Perancis yang berjuang di dalam peperangan Revolusi Perancis dan yang bersama Napolean. Selain dari monumen ini, di Champs Elysees juga terdapat deretan butik jenama-jenama terkenal. Masa untuk shopping lagi. Saya dapati butik di sini mempunyai lebih banyak pilihan dari outlet di La Valee Village, namun harga di La Valee ada yang lebih murah dari di butik.
![]() |
Pandangan dari dalam bas yang melalui Champs Elysees menuju ke Arc de Triomphe. |
![]() |
101 Champs Elysees ialah alamat kedai LV. |
Macaroon di Laduree. Sedap! |
![]() |
Gambar dicilok dari internet. Semasa kami di sana Fragonard sedang mempromosikan bunga melur. |
Semasa taklimat, kami tak dibenar mengambil gambar tetapi ada satu fakta yang saya baru tahu iaitu Malaysia merupakan pembekal salah satu bahan penting dalam pembuatan wangian iaitu "patchouli" atau setanggi.
![]() |
Nampak tak dari "Malaisie" datangnya "patchouli"? |
Selepas keluar dari muzium ini, kami berjalan ke bangunan yang saya kira tercantik di Paris iaitu l'Opera. Bila digoogle barulah tahu nama sebenarnya ialah Palais Garnier. Masa tu matahari sangat terik, namun ramai orang melepak di tangga bangunan ini sambil menikmati persembahan seorang busker.
Nampak tak Puteri Lilin di belakang tu? |
![]() |
Inilah gambar hadapan Palais Garnier (ehsan Wiki). |
Kami kemudiannya dibawa ke kawasan berdekatan Pompidou untuk makan tengahari dan beli souvenir. Seperti biasa, makanan halal yang dihidangkan ialah kebab dan saudara-saudaranya. Zack dan saya selamba keluarkan bekal nasi impit kami. (Seriously, masa di sini, saya tak tahu pun bangunan depan square ini ialah Pampidou apatah lagi masuk ke dalamnya).
![]() |
Penuh dengan geng Kelana Convoy. |
Selepas makan, kami dibawa ke Masjid Besar Paris yang dihadiahkan oleh Kerajaan Perancis pada tahun 1921 bagi mengenang jasa askar-askar dari negara-negara jajahan Peranchis seperti Algeria, Maghribi dll yang membantu Peranchis dalam Peperangan Dunia Pertama.
Aktiviti seterusnya ialah pilihan untuk menaiki cruise Sungai Seine. Tempat menaiki bot bersebelahan dengan Eiffel Tower tapi ramai yang pilih untuk naik cruise dahulu. Tak ingat bayarannya berapa. Tapi komentarnya membosankan sekejap dengar di earphone (?) gedabak, sekejap dengar dari Kapten cruise yang boleh cakap empat bahasa. Sampai nak tertidur dibuatnya.
![]() |
"Earphone" gajah dan kapten cruise seiras Jake Gyllenhaal. |
Last sekali kami bergambar di Eiffel Tower. Alhamdulillah akhirnya, sampai juga ku ke sini. Cantik dan gah binaannya, langsung tak seperti yang orang kata macam "besi buruk". Ingatkan mahu tunggu ke malam untuk pertunjukkan lampu, tapi apabila sehingga jam 9.15 ianya masih belum bermula, kami pun balik. Kalau lewat sangat, bas tidak akan menghantar kami ke airport esok pagi. Geng yang mulanya bercadang untuk tinggal lagi dan balik sendiri ke campsite pun akhirnya serah diri sebab kepenatan.
Malam itu kami dijamu nasi ayam hailam versi rebus yang bertukar rupa bubur nasi pada esok pagi sebagai sarapan, lengkap dengan telur masin dan bawang goreng. Sedap!
Esok pagi-pagi kami dihantar ke l'aeroport Charles de Gaulle bersama dengan belasan yang lain yang memilih untuk pulang ke Malaysia dari Paris. Baki rombongan pulang semula ke London.
Au revoir et à bientôt Paris!
Au revoir et à bientôt Paris!
No comments:
Post a Comment